Ucapan Pengerusi

 

Assalamualaikum wr.wb, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

    Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita diberi kekuatan dan sihat walafiat untuk menjalani kehidupan seharian.   

    Di sini saya suka mengingatkan pada diri saya, saudara dan saudari sekalian bahawa pendidikan awal anak-anak adalah amat penting bagi memberi pendidikan asas sebelum mereka menempuh ke alam pendidikan sekolah rendah bagi membiasakan diri. Pendidikan sekarang selari dengan globalisasi pada masa sekarang dan akan datang. Justeru itu, kami telah menubuhkan institusi tadika swasta di kawasan ini bagi tujuan dan memudahkan anak-anak di  sekitar mendapat pendidikan awal, tidak kira dari golongan miskin, yang berada atau bangsa dan agama sekali pun. Tadika ini merupakan konsep 1Malaysia yang telah diwar-warkan oleh kerajaan untuk direalisasikan.   

    Mungkin ada segelintir ibubapa tidak tahu mengenai kewujudan sistem bantuan yuran bulanan yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi yang layak. Contohnya bagi yang berpendapatan rendah atau ibu tunggal yang mempunyai anak berumur 4-6 tahun tetapi tidak mampu, kami sedia membantu bagi golongan tersebut untuk memberi ruang pada anak-anak tersebut supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Para ibubapa boleh berhubung terus dengan saya atau Pengetua bagi mendapatkan maklumat atau sebarang pertanyaan.   

Sekian terima kasih di atas sokongan anda.

 

Dato' Suhairi Saleh

Pengerusi Tadika Ummi Hajah